" FINE "
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk
hentikan
pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang
betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali
gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran
rupanya,terutama sekali apabila dia sedang
mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa
anda berdua bergaduh.
LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak
dengan lima minit yang perlawanan bola sepak
akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke
luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-
jaga! Perkataan ini
melambangkan perasaan perempuan yang
inginkan anda berputar-putar kat dalam macam
mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan
pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA
MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.
PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si
perempuan
menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan
diakhiri dengan ‘FINE’.
PERGILAH (dengan kening biasa)
Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang
awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan
mendapat situasi ini dan dalam
beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-
APA’, ‘FINE’ dan dia akan
bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA
MINIT’ apabila dia dah sejuk.
MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi
kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum
lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna
dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh
ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia
menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh
mengenai ‘TAKDE APA-APA’.
MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH
YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia
berasa puas. Adalah lebih elok jika
anda duduk diam, jangan buat sebarang
tindakan… dan dia akan kekal puas.
OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya
seorang perempuan boleh buat kepada
lelaki. ‘OKAY LAH’ bermakna dia ingin berfikir
panjang sebelum dia membalas terhadap
perbuatan anda yang telah
menyakitkan hatinya. ‘OKAY LAH’ selalunya
digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening Yang
Terangkat’.
BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat,
anda akan dilanda
masalah yang besar.
TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan.
Seorang perempuan memberi anda peluang untuk
mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas
apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai
peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-
hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.
TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih.
Jangan
pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang
perempuan akan
menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah
pada anda. Ini
menunjukkan yang anda telah menyinggung
perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH
YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya
apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG
KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia
berkata ‘TAKDE APA-APA’.